Sponsors

Selasa, 31 Desember 2013

Laporan Audit PPPR Kesal Kelemahan Berulang


KUALA LUMPUR – Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) kesal kerana kelemahan masih berlaku dalam sistem tender, pembekalan dan pembelian serta prosedur operasi standard (SOP) pentadbiran kerajaan meskipun perkara itu pernah didedahkan menerusi laporan Laporan Ketua Audit Negara sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Johan Jaaffar berkata, meskipun PPPR menghargai pelbagai pembaikan yang dilakukan oleh kementerian, agensi, kerajaan negeri dan syarikat kerajaan berdasarkan teguran dalam laporan tahunan sebelum ini, tetapi kelemahan sama masih wujud berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

“PPPR antaranya mengambil serius kurangnya pengawasan ke atas pembekal dan kontraktor hingga berlaku mutu kerja yang tidak memuaskan. Kami kesal kerana laporan pada tahun ini menunjukkan kelemahan dan kesilapan yang sama berulang walaupun telah didedahkan dalam laporan tahunan sebelum ini.

“Panel ini mengambil serius kelemahan yang didedahkan yang bukan sahaja membolehkan salah guna kuasa dan rasuah tetapi menjejaskan sistem penyampaian kerajaan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini,

Johan seterusnya memaklumkan PPPR memberi perhatian serius berhubung kecuaian sistem kawalan dan penjagaan hingga membolehkan peralatan dan barangan termasuk senjata api hilang daripada simpanan polis.

Justeru, katanya, PPPR menggesa Ketua Setiausaha Negara (KSN) menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji Laporan Ketua Audit Negara 2012 dan membuat cadangan konkrit bagi mengatasi sebarang kelemahan dengan serta merta.

Menurutnya, PPPR turut menggesa KSN mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem sedia ada bagi mengelakkan kelemahan sama berulang dan pada masa sama kerajaan negeri dan syarikat kerajaan mengambil tindakan segera menangani semua kelemahan yang ada.

Beliau turut menyokong cadangan supaya Laporan Ketua Audit Negara dibuat lebih kerap iaitu tiga kali setahun supaya pemantauan dan pengawasan dapat dibuat segera dan sebarang kelemahan dibetulkan dalam waktu yang lebih cepat.

“PPPR menyokong sebarang langkah memperbaiki pentadbiran awam bagi menutup ruang dan peluang pada perlakuan rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.
ReadMore...

Nikah Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah | Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz sekitar jam 9.30 malam tadi di dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.
Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Nikah - Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Diana Amir dan Habib Bullah yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail  telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth.


Pihak perempuan, seperti yang diketahui telah menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000.


Pasangan ini diberitakan belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu kerana kesibukan masa. Apapun, tahniah dan semoga berbahagia selamanya buat Diana Amir & pasangan!


sumber:
ReadMore...

Senin, 30 Desember 2013

Syazwan Mengaku Silap Timbulkan Masalah


PETALING JAYA – Pelakon Syazwan Zulkifly menjelaskan kegagalannya menjayakan sebuah drama terbitan Primeworks Studio baru-baru ini adalah disebabkan kesilapannya dalam menyusun jadual kerja.

Syazwan, 26, berkata, dia terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila menyedari tarikh penggambaran tersebut bertindan dengan penggambaran drama yang sedang dijalankan di luar negara.

“Saya tidak mempunyai pengurus peribadi, jadi jadual kerja, saya atur sendiri dan hanya ingat di kepala, bila saya sedar tarikh penggambaran tersebut bertindih dengan tarikh penggambaran telefilem Suamiku Encik Perfect 10 di London.

“Saya mengaku ia terjadi kerana kesilapan saya dan saya sudah minta maaf kepada pihak produksi tersebut. Saya tahu sukar untuk mencari pengganti pada saat-saat akhir,” katanya kepada mStar Online.

Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang salah faham di antara dia dengan pihak produksi apabila dia dikatakan menarik diri pada saat-saat akhir penggambaran drama Terukir Di Bintang terbitan Primeworks, anak syarikat TV3.

Syazwan dikatakan menarik diri semata-mata untuk menjayakan penggambaran di London dengan sebuah produksi lain.

“Saya tidak boleh tarik diri untuk ke London kerana penggambaran sudah dilakukan separuh di Malaysia. Lagi pula drama Terukir Di Bintang itu belum mula penggambaran,” katanya.

Bagaimanapun, Syazwan berkata, dia kesal dengan perkara tersebut dan sudah meminta maaf dengan pihak yang terlibat.

“Saya kesal sangat kesal dengan kesilapan itu, namun Alhamdulillah semuanya sudah selesai,” katanya. – mStar Online
ReadMore...

TERKINI ‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: Jeneral Tentera Sulu Terbunuh, Jumlah Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang

TERKINI: ‘Jeneral’ Tentera Sulu Terbunuh, Penceroboh Mati Meningkat 52 Orang


LAHAD DATU – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang dibunuh dalam Op Daulat ialah seramai 52 orang.
Jumlah itu termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.
Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.
. (Berita Lanjut Akan Menyusul)
* gambar di atas antara penceroboh Sulu yang berjaya ditembak mati
ReadMore...

Minggu, 29 Desember 2013

Foto Senjata Rakitan dari Berbagai Jenis

contoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popularcontoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popularcontoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popularcontoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popularcontoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popularcontoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popular
contoh senjata api rakitan - nowGoogle.com Adalah Multiple Search Engine Popular
ReadMore...

Di Kutub Utara Ada Muslim Hebat


Setelah berhasil mendirikan masjid pertama di Kutub Utara, Muslim Kanada mengungkapkan kebahagiaan mereka kerana berhasil menambahkan menara di masjid yang berwarna kuning yang berlokasi di kota Winnipeg-Inuvik itu.

“Inilah menara masjid yang dibangun di Kutub Utara. Menara itu sangat indah ketika kami nyalakan lampu-lampunya di tengah kegelapan,” kata Amier Suliman, anggota komite masjid dengan bangga, Khamis (28/10).
Menara itu menjulang dengan tinggi sekitar 10 meter, menambah kemegahan masjid yang dibuat dari bahan-bahan fabrikasi itu. Komunitas Muslim di Inuvik–kota yang berjarak 200 kilo meter dari Kutub Utara–sudah lama menginginkan sebuah tempat yang memadai untuk menjalankan peribadahan mereka. Tapi impian itu sempat lama tertunda karena harga bahan bangunan dan ongkos tukang bangunan yang sangat mahal.

Sampai akhirnya sebuah perusahaan pemasok bahan bangunan di Manitoba mengatakan bahwa mereka bisa membuat struktur masjid itu di pabriknya, dan setelah bangunan masjid jadi, ditarik dengan kapal ke Inuvik. Perusahaan itu hanya mengenakan biaya setengah dari harga yang seharusnya dibayar.


Setelah melalui proses dan perjalanan panjang melewati daratan dan sungai di sepanjang wilayah Barat Kanada, masjid kecil berukuran 140 meter per segi yang terbuat dari bahan kayu itu akhirnya sampai di Inuvik pada bulan Agustus kemarin. Di kota itu komunitas Muslim berkembang pesat dan jumlahnya bertambah banyak, yang membuat mereka merasa perlu memiiki sebuah masjid. Komunitas Muslim di Inuvik yang berpenduduk sekitar 4.000 jiwa itu, kebanyakan berasal dari Sudan, Lebanon dan Mesir.

Penambahan menara masjid disambut gembira oleh komuniti Muslim di Inuvik. “Sebagian orang akan mengatakan ini adalah sebuah garis depan terbaru bagi Islam. Tapi bagi kami, yang terpenting adalah kaum Muslimin di sini yang biasanya melaksanakan salat Jumat menumpang di sebuah gereja Katolik, sekarang sudah punya tempat yang layak untuk beribadah, lengkap dengan menaranya,” tandas Suliman. (eramuslim) 

 sumber
ReadMore...

Sabtu, 28 Desember 2013

Gambar Paling Menginsafkan Ramadan Ini


Semoga.................. diberi balasan syurga. Anak yang sangat......soleh
Thanks @Maskawaih for the find







ReadMore...

Di sebalik Laporan Ketua Audit Negara 2011

Harakahdaily

Nasrudin Hassan, 19 Okt 2012
1.     Pihak bertanggungjawab seperti Perbendaharaan, SPRM dan PAC sewajarnya melakukan penyiasatan rapi terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui  Laporan Ketua Audit Negara 2011.


2.     Juga perhatian mestilah diberikan kepada apa yang dibimbangi oleh orang ramai mutaakhir ini iaitu kebimbangan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang mungkin dengan sengaja tidak dibawa ke perhatian umum ekoran tapisan awal pemerintah bagi  mengelak liabiliti seperti yang berlaku dalam kes NFC dan penyalahgunaan wang zakat.

3.     Sebagai contohnya, Laporan Audit 2011 ini menyebut terdapat kajian Jabatan Audit Negara di dalam isu pertukaran saham MAS - AirAsia dan projek Pelabuhan Pendaratan yang gagal dan bermasalah. Namun demikian laporan audit tidak membuat sebarang rujukan terhadap kes-kes tersebut, sedang masyarakat awam menuntut suatu ketelusan. Begitu juga dengan isu penyelesaian luar mahkamah Tan Sri Tajudin Ramli yang melibatkan ratusan juta ringgit dana awam? Di manakah laporan auditnya?

4.     Laporan Audit juga membisu mengenai 1MDB, sebuah syarikat “super GLC”  walaupun Jabatan Audit Negara ada melakukan kajian ditambah pula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan keraguan mengenai pengurusan syarikat tersebut. Sepanjang tempoh 2011, sekurang-kurangnya 2 kali Kementerian Kewangan telah membuat pembentangan mengenai 1MDB sekaligus membuktikan wujudnya isu tertentu yang sepatutnya dilaporkan di dalam laporan audit ini.

5.     Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan sudah tiba masanya Jabatan Audit Negara diangkat sebagai satu suruhanjaya bebas. Memang benar, perjawatan Ketua Audit Negara adalah dijamin di bawah Perlembagaan setara dengan bidang kehakiman bagi memastikan kebebasannya. Namun demikian terdapat jurang perbezaan yang luas di antara kuasa Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara yang bajet dan operasinya berada di dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri lalu menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai agensi pemantau yang bebas.

6.     Semangat perlaksanaan Akta Audit 1957 juga menetapkan bahawa Ketua Audit Negara perlu bekerjasama dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah telus dan betul. Kewibawaan akta ini bergantung kepada keutuhan peranan yang dimainkan Kementerian Kewangan selaku pengawalselia perbendaharaan negara yang neutral dari pengaruh agensi eksekutif yang lain.

7.     Namun demikian risiko sistemik dalam pengurusan kewangan negara menjadi semakin ketara apabila Perbendaharaan turut menjadi agensi pelaksana manakala tugasan Menteri Kewangan kini digalas oleh Perdana Menteri (yang juga turut mengepalai 2 birokrasi terbesar lain di dalam kerajaan - JPM dan KWKPM). Kuasa moral dan akauntabiliti Kementerian Kewangan telah terhakis apabila ia tidak lagi berkecuali dalam agih-kawalan perbendaharaan negara manakala Ketua Audit Negara pula tidak lagi mempunyai pegawai pengawal atasan yang neutral yang boleh mengambil tindakan pembetulan perbelanjaan kerajaan secara telus.

8.     (Lihat sahaja statistik laporan siasatan yang lambat diserahkan kepada Perbendaharaan berkaitan perbelanjaan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kes terbanyak direkodkan sebanyak 241 kes dengan kelewatan sehingga 957 hari. Itupun Jabatan Audit Negara masih memberikan penarafan akauntabiliti ‘amat baik’ kepada JPM!)

9.     Oleh itu bagi kita, laporan audit yang sengaja lambat dikeluarkan dan kes seperti yang disebutkan ini bukan sekadar menonjolkan amalan kewangan di luar kebiasaan pemerintah tetapi merupakan tanda jelas peningkatan risiko sistemik tersebut. Ianya meningkatkan ersepsi bahawa agensi kerajaan yang bermasalah mempunyai peluang untuk berkolusi di dalam menyisihkan proses audit.

10.  Walaupun ditegur oleh Ketua Audit Negara, mereka boleh pula beralasan dengan jawapan-jawapan picisan kerana mereka tahu tindakan mereka terlindung oleh kecelaruan birokrasi yang disengajakan pemerintah.

Nasrudin Hassan,
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~
ReadMore...

Jumat, 27 Desember 2013

Pengguna interner marah dengan penahanan Sasterawan Negara

Penahanan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said pada 12.40 pagi tadi mencetuskan kemarahan pengguna di laman sosial, dan kebanyakannya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penahanan itu.
 
Antara yang berang ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai biadap kerana mengheret Samad pada tengah malam.
"Tindakan biadab! A Samad Said umur 80 tahun diheret jam 12 malam?" Reaksi Anwar dalam laman Twitternya ketika mengetahui Samad ditahan .

 Anwar turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf kepada sasterawan negara itu.
Dalam Twitternya, Anwar berkata, menteri dalam negeri  wajib mohon maaf kepada kepada Samad  kerana pada usianya 80 tahun,  beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis.

“Tak dapat soal siasat siang hari? Perikemanusiaan?" katanya dalam Twitter.
Tindakan polis menahan Samad turut dikritik rakan seperjuangannya dalam Bersih, Datuk Ambiga Sreenavasan yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.
"Pak Samad, Pengerusi Bersama Bersih 2.0 ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi. Layanan yang mengejutkan dalam menghormati sasterawan negara," memetik dari laman twitter Ambiga.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kini berada di Sibu turut mengutuk tindakan polis.
"Penahanan yang dibuat pada polis merupakan satu kebiadapan ia mesti dikutuk oleh semua rakyat Malaysia," katanya.
Manakala seorang pengguna sosial, Radin Shamsulkamar @radins berkata dalam twitternya : "Kalau Pak A Samad Said berjalur Umno, nescaya PDRM tidak akan bertindak semustahil  ini.”
Komen twitter itu turut dihantar kepada Zahid Hamidi dan Ketua Polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Zaim Al Amin @zaimhq : "Sasterawan negara berusia 80 tahun dibawa ke Balai Polis pada waktu malam untuk disiasat.”
Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Sasterawan negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
“Pak Samad dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi selepas keterangannya diambil,” kata aktivis, Adam Adli Abdul Halim kepada The Malaysian Insider.

Samad diwakili peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.
Latheefa memberitahu The Malaysian Insider, Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial Youtube.
Berlaku ketegangan apabila kelibat seorang pemuda yang menjerit kepada kumpulan tersebut berkata "Itu bendera Malaysia."
Selain itu, tiga bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIM) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya. 
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam tembual bersama The Malaysian Insider di Masjid Negara, semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 September, 2013.Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam tembual bersama The Malaysian Insider di Masjid Negara, semalam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 4 September, 2013.
 
4 September, 2013. The Malaysian Insider
ReadMore...

Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!

Jangan Musuhi Kami Hanya Kerana Kami Orang Suluk!


LAHAD DATU – Ramai di antara kita masih keliru antara entik Suluk di negara ini dan orang Sulu dari selatan Filipina.
Walaupun ada mengatakan mereka dari suku kaum yang sama tetapi budaya dan pemikiran pengganas Sulu yang menceroboh itu jelas berbeza dan bertentangan dengan moral masyarakat Suluk di negeri ini.
Bagi peneroka-peneroka Felda Sahabat di sini yang terdiri dari etnik Suluk, mereka kecewa kerana ramai yang beranggapan mereka juga terlibat dalam mendalangi insiden pencerobohan pengganas militan Sulu itu.
DSC01314
Bagi Datu Datu Ibrahim Datu Abd. Karim, 55, beliau sedih kalau ada yang beranggapan sebegitu hanya kerana ‘darah’ yang mengalir dalam tubuh mereka.
” Ya mungkin keturunan moyang-moyang kita dari selatan Filipina tetapi kami semua lahir di sini, ada kad pengenalan seperti warganegara Malaysia yang lain, kami bersyukur atas nikmat tersebut dan tidak pernah terfikir langsung untuk mengiktiraf sesiapa saja dari sana, malah kami sanggup berjuang demi negara kita yang tercinta.
” Jangan hanya kerana ada orang Sulu dari Filipina membuat angkara, kami hendak dikaitkan sekali, itu tidak adil buat kami.
” Kami gembira kerana kepimpinan tertinggi negara faham situasi tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengerti jadi tidak ada sebab untuk mengaitkan kami dengan apa yang berlaku,” katanya pada Mynewshub.my.
DSC01315
Pendapatnya turut disokong seorang lagi peneroka, Nasib Osup. Menurut Nasib, kesetiaan orang Suluk di Sabah tidak perlu dipertikaikan bahkan ramai pemimpin utama kerajaan negeri dan negara juga dari etnik yang sama.
” Kami perlu bersuara kerana ramai yang tidak faham apa yang sebenarnya berlaku sekarang ini, Tuhan saja yang tahu betapa takutnya kami ketika insiden ini berlaku, pekan jadi sunyi, anak-anak risau ke sekolah, semua rasa nyawa mereka terancam.
” Mungkin ada satu dua orang yang terlibat, ternyata mereka itu ada agenda sendiri yang hanya mereka saja yang tahu kenapa sanggup sampai jadi sekejam ini, membunuh dan menzalimi pegawai keselamatan kita yang tidak berdosa.
” Kami etnik Suluk tidak boleh menerima apa yang orang Sulu Filipina ini lakukan terhadap mereka dan kami semua secara keseluruhannya,” tegasnya.
DSC01313
Bagi Mumin Abd. Lala, mereka kesal kerana pendatang Sulu itu tidak menghargai tempat di mana mereka datang berteduh dan mencari rezeki.
” Kita faham hidup di sana susah, mundur…jadi bila mereka datang untuk mencari nafkah maka kita tidak banyak persoal kerana mereka juga perlu wang untuk meneruskan kehidupan.
” Malang sekali kerana ada di antara mereka yang sanggup hendak berperang dengan kita, jadi bila jadi macam ni, bukan kita saja yang susah, pendatang Sulu yang tak tahu apa-apa pun kena menanggung akibatnya,” katanya kesal. - Mynewshub.my
ReadMore...

Kamis, 26 Desember 2013

Mustafa Kemal Atatürk 1881 10 November 1938





Mustafa Kemal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.


Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmar sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kemal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.



Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.



Mustafa Kemal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional.



Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.




DOSA Mustafa Kemal Atatürk



1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.



2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)



3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.



4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”



5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.



6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki



7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.



8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.



9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.



10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.



11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan



12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.



13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.



14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.



15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.



16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam



17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.



18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.




KEMATIAN Mustafa Kemal Atatürk YANG MENYEKSAKAN



Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.



Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.



2. Sakit jantung



3. Penyakit darah tinggi



4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.



Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.



Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.



Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.



Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).



Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.



Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuisumber
ReadMore...

Kisah Hangat Sensasi Sepanjang Tahun 2012!

Kisah Hangat & Sensasi Sepanjang Tahun 2012!


Tidak sangka dalam beberapa hari saja lagi tahun 2012 bakal berakhir.
Apa-apa pun sebelum melangkah ke tahun baru, mari kita imbas semula antara kisah-kisah hiburan yang pernah mendapat perhatian umum.
Berikut adalah rangkuman cerita hangat dan sensasi yang pernah dilaporkan beberapa media cetak dan elektronik.
Layan…
Bulan Januari
1. Penyanyi Amanda Imani mendakwa hubungannya dan Syarif (Sleeq) lebih dari sekadar kawan sejak berkenalan sekitar Julai 2011. Syarif juga di tuduh tidak jujur dalam mengakui hubungan cinta mereka sebelum ini. Syarif yang telah bertunang, menepis dakwaan Amanda Imani
2. Aaron Aziz membuka lembaran tahun awal tahun dengan membawa isteri tercinta bercuti ke Kota Paris- foto romantik pasangan ini sangat jadi tumpuan umum.

Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik.
3. Ayu Raudhah didakwa menjadi punca pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dan adik iparnya, Zakuan Adha. Bila masalah keluarga dibawa ke Twitter, maka ia pasti jadi bahan perbincangan ramai dari masa ke semasa
4.Kontroversi dua pelakon seksi Indonesia Julia Perez aka Jupe & Nikita Mirzani gara-gara menayangkan payudara. Seorang tayang sewaktu di satu konsert umum, seprang lagi sewaktu muncul dalam sebuah program TV.
5. Asal ada liputan di acara karpet merah tak kira lah mana majlis anugerah pastinya jadi hits. Gelagat artis melaram juga bergaya seksi dimulakan dengan karpet biru di AJL 26 pada 31 Januari lalu.

Bulan Februari
1. Pelakon juga pengacara Julie Woon cetus kontroversi apabila ‘berposing’ dengan gaya penuh menghairahkan – sebagai penghias kulit depan sebuah majalah.

Julie Woon cetus kontroversi apabila ‘berposing’ dengan gaya penuh menghairahkan di sebuah majalah
2.Kemunculanya di pentas Mentor 5 gagal tarik perhatian. Namun impak lakonannya dalam drama Vanila Coklat, Aiman Hakim tiba-tiba saja jai kegilaan gadis-gadis. Dan kisah fotonya bersama kekasih hati yang tersebar luas di internet membuatkan dia semakin dikenali.
3. Pelakon remaja Indonesia Mika Tambayong mengakui penat berlakon sinetron (pernah untuk satu sinetron, penggambaranya makan masa sehingga setahun). Lalu gadis ini buat keputusan mahu cuba nasib di Malaysia.
4. Penyanyi Misha dan Firos sepatutnya melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini tapi atas sebab tertentu mereka terpaksa menangguhkannya. Sehingga kini bukan saja peminat tapi kami sendiri masih menantikan pengumuman rasmi bila nak naik pelamin dari tuan empunya badan – 6 Foto penyanyi Misha Omar bertunang dengan juruterbang MAS itu.
5. Pelakon ini di dakwa berlagak diva. Isu ‘Besar Kepala’, Demand & Disiplin Jadikan Fathia Latiff Popular

Bulan Mac
1. Selepas majlis merisik pada 12 Mac, berlangsungnya majlis pertunangan Irma Hasmie Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, pada 27 Mac lalu. Pelakon juga pengacara itu melangsungkan perkahwinan 1 Julai lalu. Irma Hasmie dan ketika suaminya ketika ini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama.
2. Kisah pergolakkan rumah tangga pengacara Jimmy Shanley sehingga akhirnya mereka bercerai antara berita yang anda suka baca. Bermula dengan topik pengakuan Jimmy di mahkamah, memberitahu dia pernah menampar isteri (bekas isteri) Kerana Enggan Tidur Bersama.
3. Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta, Amelia Aimiellia, mencetuskan kontroversi gara-gara Isu Video Bogel, Hingga menyebabkan keluarganya Berpecah Belah!
4. 21 Foto Sempoi Schawal Ketika di Majlis Pengumuman Tarikh Nikah & Resepsi – kisah pasangan ini bertambah hangat gara-gara Awal membuat kejutan apabila melamar Scha secara live menerusi sebuah program huburan terbitan Astro dua hari sebelum mereka mengumumkan tarikh perkahwinan.

Awal Ashaari dan isteriya, Scha Al-Yahya.
5.”Foto liar, bersosial? Ngak peduli, itu bukan aku”- Mikha Tambayong. Sewaktu kunjungannya ke sini untuk sidang media Teater Muzikal Gerimis Mengundang, pelakon yang popular menerusi sinetron Nadi Cinta ini membuat penjelasan mengenai isu di didakwa suka bersosial di kelab-kelab malam ekoran satu gambar mirip wajahnya tersebar luas di internet.

Bulan April
1. Hiburan dan politik, dua dunia berbeza. Tapi kalau keduanya saling berkait apatahlagi dengan cerita panas, ia pasti mengemparkan satu dunia. Kisah skandal pelakon Zahida Rafik dengan tokoh politik terkenal, Datuk Shafie Apdal menjadi topik hangat sepanjang bulan empat malah hingga kini ia masih jadi bualan ramai. Rahsia terbongkar apabila pemandu peribadi kepada aktres itu sendri telah mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Zahidah Rafik dan Shafie Apdal.
2. Pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Wawa Zainal. Gadis berusia 20 tahun ni dengan terbuka mengaku dalam setahun ni dia pernah menerima beberapa pelawaan daripada golongan VIP.
3. Awal tahun ini, kebahagiaan rumah tangga penyanyi nombor 1 negara diuji. Timbul gosip Datuk K kononnya punya jalin hubungan sulit dan berkahwin dengan pelakon seksi lagi meletop! Rozita Che Wan (Che Ta). Hati isteri mana yang tak panas kalau suami dikaitkan dengan perempuan lain. Tambah-tambah, wanita itu berstatus janda. Tapi bagi Siti, ‘Gosip Datuk K Kahwini Rozita Che Wan: Siti Tak Marah, Tak Sedih, Tak Pernah Curigai Suami
4. Personaliti TV popular, Marion Caunter atau nama Islamnya Marion Rose Caunter Abdullah dan suami tercintanya, SM Nasaruddin telah mengadakan majlis cukur jambul atau akikah bagi anak perempuan sulung mereka, Leia Rose pada 11 April lalu. Marion dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia itu mendirikan rumah tangga pada 15 Oktober 2010.
5. Seluruh peminat hiburan tanah air menanti hari ini , bukan? – 2 Kali Lafaz Fasha Sah Milik Jejai, Terima Mas Kahwin RM8888.88. Ia merupakan perkahwinan kali kedua Jejai dan pertama kali buat aktres kesayangan ramai ini. Pasangan suami isteri ni sekarang sedang menanti kelahiran cahaya mata sulung mereka, InsyaAllah sekitar Mac 2013.

Bulan Mei
1. Malaysia!!! Suka lah tu tatap, Bila Neelofa Berkemban? Heh.
2. Saat aktres Nora Danish berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sekitar hujung April lalu, nama heroin Tentang Dhia ni ‘panas’ sekaligus menjadi bualan ramai peminat di Malaysia. Semuanya gara-gara Nora seksinya – Aksi Seksi Nora Danish Dalam GLAM Dikritik Peminat yang dirakamkan beberapa bulan sebelum ‘hot mama’ ini berangkat ke Mekah. Nora Danish, vasss!
Nora Danish.
3. Dengan sekali lafaz, pasangan selebriti Ahmad Awaluddin Ashaari (Awal), 30 dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Scha), 29 selamat diijabkabulkan pada 4 Mei lalu – Dua Jiwa Satu Hati: 15 Foto Majlis Pernikahan SCHAWAL
4. Selepas sekian lama meninggalkan skrin kaca TV, bekas personaliti popular TV3 sikit masa dulu, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar muncul buat pertama secara eksklusif dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah – Azrinaz Selepas Bergelar Bekas Isteri Sultan
5. Sehari selepas menghantar notis tarik balik cerai yang difailkan terhadap isterinya Zuhaidah Yusof @ Aida pada 11 Mei lalu, pelakon Adi Putra mengadakan satu sidang media khas bagi memberitahu secara terbuka akan keputusan yang telah dibuat serta status mereka berdua – 9 Hari Penuh Hikmah Buat Adi Putra dan Aida.

Bulan Jun
1. Pertengahan tahun, dunia hiburan gempar dengan perteligkahan dua dewi – Isu Gaduh!: Neelofa Tetap Mahu Saman Anzalna? Alhamdulillah, selepas beberapa bulan bermasam muka, Neelofa dan Anzalna kini sudah berbaik. Tapi… yeke dah berbaik? Heh.

2. Ramai peminat gembira apabila pelakon juga pengacara manis bertudung ini bertemu jodoh. Irma Hasmie & Redza Sah Suami Isteri, Wang Hantaran Bernilai RM33,333.33. Pasangan romatik ini sekarang sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka pada Mac 2013.
3. Tidak ada angin tidak ada ribut, Sasha Saidin Bakal Failkan Cerai? Bekas penyanyi kumpulan Elite, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang bagi memfailkan perceraian pada 26 Jun lalu. Tidak samapi sebulan, Shasha dan Salyo Priyanto sah bercerai pada 1 Julai 2012.
4. Atas nama Maher Zain Forgive Me Live in Malaysia 2012, penyanyi-komposer dari Lebanon ni menjadikan stadium merdeka sebagai tempat pertemuan kali kedua bersama peminat Malaysia dalam persembahan berskala besar. 10,000 Peminat Nikmati ‘Rock Halal’ Maher Zain. Siapa tahun 2013 Maher akan kembali mengadakan konsert lagi di sini. InsyaAllah.
5. Tergelak besar tuan punya badan tatkala mendengar dakwaan tergelak kononnya dia berkepit bagaikan pasangan suami isteri dengan seorang lelaki ketika bercuti di Bali. Tambah panas jejaka yang dikatakan lebih muda daripada pelakon berusia 29 tahun ni, memiliki tatu di kakinya. Pelakon cantik lagi seksi, Jue Aziz tampil memberikan penjelasan.

Bulan Julai
1. Seperti yang kami katakan, ramai peminat gembira dan merestui pasangan suami isteri Irma Hasmie dan Reza. Foto-foto keseronokan mereka menikmati bulan madu di Gold Coast menjadi tatapan pembaca.
2. Andrea Fonseka Cuba Bunuh Diri? Bekas Miss Malaysia Universe (2004) ni dilaporkan telah cuba untuk membunuh diri dengan memakan pil tidur disebabkan tertekan dengan masalah rumahtangganya.
3. Melewati usia 40-an, model juga pelakon popular Nasha Aziz cukup bahagia kerana hidupnya yang sentiasa dikelilingi dengan cinta. Personaliti sehingga kini kekal cantik dan masih mempunyai bentuk badannya, macam anak dara sunti ini berkongsi satu rahsia hanya dengan pembaca malaysiandigest.com
4. Ramai kenal dengan Safiq Rahim tapi mungkin ramai juga tertanya-tanya siapakah Arafah Edruce ni? Gambar mesra mereka berdua sudah mula tersebar luas di internet. Lantas menimbulkan spekulasi, apakah kapten bola sepak kebangsaan dengan selebriti juga sosialis ni mempunyai hubungan istimewa?
5. Dua hari sebelum berlangsungnya konsert MTV World Stage 2012, lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kecoh gara-gara di serbu peminat. Masing-masing mahu menjadi orang pertama mengucapkan selamat datang kepada Jay Park, Justin Bieber bersama Kekasih & Kara.

Bulan Ogos
1. Setelah sekian lama dia membisu seribu bahasa, dramatis popular, Norish Karman akhirnya membuka mulut megenai bayi yang selama ini menjadi tanda tanya ramai sejak tersebarnya sekeping gambar di internet. “Ya, ini anak saya” – Norish Karman
2. Aron Aziz & Nadiya Nissa Kena Tangkap Basah? Ini penjelasan sebenar…
3. Dalam diam rupanya pelakon kacak ini sebenarnya sedang dalam kondisi yang boleh di kira, ‘fasa pertama alam percintaan’. Kisah hubungannya dengan seorang gadis bakal bergelar doktor mendapat perhatian ramai. Siapa tahun 2013 ini Fizo bakal memgumumkan siapakah gerangan gadis yang bertakhta dihatinya itu.
4. Siapa tak sayang anak! Begitu juga perasaan pelakon, Que Haidar nama cahaya mata keduanya menjadi pertikaian banyak pihak. Isu Beri Nama Anak ‘Cleopatra’ Dicemuh: Que Haidar Bersuara.
5. Pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak. Rita Rudaini Cabar Jue Aziz Tunjuk Bukti

Bulan September
1. Berita pertunangan Diana Danielle & Farid Kamil yang dilakukan secara mengejut dan rahsia menjadi perhatian. Pandai pasangan ini buat surprise.
2. Kalau disenaraikan lagu paling popular 2012, pasti Teman Pengganti (nyanyian Black dan Malique)ada dalam senarai. Namun timbul dakwaan mengatakan pengenalan (intro) lagu itu adalah ilham yang dicedok daripada melodi lagu nyanyian Noorkumalasari iaitu Hati Seorang Kekasih yang pernah popular pada tahun 80-an.
3. Hubungan mesra yang terjalin diantara pelakon remaja Elfira Loy dan Randy Pangalila sejak mereka digandingkan berlakon dalam beberapa drama, membawa kepada gosip mereka bercinta. Masing-masing menegaskan mereka hanya kawan baik. Kawan baik boleh sampai bercium? Apa kesnya ni dik oi…?
4. Selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan penyanyi Sham (Kamikaze) menemui jalan buntu, ditambah dengan sikap tidak bertanggungjawab penyanyi itu menjadi punca isterinya menuntut cerai.
5. Industri hiburan tanah air digemparkan dengan khabar komposer dan penyanyi Malique yang juga anggota kumpulan Too Phat dikatakan telah meninggal dunia akibat kanser otak oleh segelintir pihak tertentu. – Malique Keluar Kenyataan Di Youtube!

Bulan Oktober
1. Sinonim dikaitan dengan cerita gosip kononnya bercinta dengan suami orang ataupun dengan lelaki yang lebih muda daripadanya. Tapi kali ini kisah yang menyebabkan nama Rozita Che Wan aka Che Tah panas, berlainan sedikit ‘topiknya’ – Rozita Che Wan Didakwa Berbogel.
2. Emma Maembong, pelakon baru yang semakin meningkat naik. Pernah dilabel sebagai ‘minah propa’ kerana membatalkan sesi fotografi yang diatur akhbar tempatan. Kemudian namanya terus hangat apabila beberapa keping gambar mesranya berpelukan dan berciuman bersama kekasih mula bertebaran.
3. Kemeriahan Anugerah Blockbuster yang julung-julung kali diadakan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 6 Oktober lalu. Foto-foto sekitar red carpet menjadi pilihan ramai apatahlagi bila ada artis yang mencetuskan komtroersi gara-gara baju yang diperagakanya. Rasanya anda tentu tahu, siapa kan…
4. Selepas membuat pengakuan ikhlas mendedahkan bahwa hatinya kini sudah dimilik oleh seorang jejaka bergelar usahawan, nama Izara Aishah semakin ‘panas’ video aksi tarian seksi ala menari tiang yang telah dimuatnaik menerusi laman YouTube. Pelakon Vanila Coklat ini ada penjelasannya.
5. Bukan sekali, bukan dua kali dan untuk sekian kali, pelaon remaja Erin Malek kembali dengan satu lagi kontroversi ekoran gambarnya di laman Instagram yang dimuat naik olehnya menerima kritikan pelbagai pihak – “Bukannya gambar bogel pun” – Erin Malek.

Bulan November
1. Pada pagi 10 November (Sabtu) lalu, peminat KPop dikejutkan dengan berita tersebarnya ‘foto mesra’ ahli kumpulan Super Junior Eunhyuk bersama penyanyi cantik manis, IU. Eunhyuk yang dalam keaadan tidak berbaju sementara IU dalam keadaan memakai pajama. Jadi, paham-paham aje lah.
2. Pernah mencetuskan kontroversi ekoran gambar ‘panasnya’ yang tersebar luas di internet. Pelakon seksi Lana Nordin kembali cerita panas, menerusi penampilannya mendedahkan sebahagian lurah buah dadanya. Demi Afdlin Shauki, apa salahnya, kan.
3. Lelaki mana yang tidak terpikat dengan kecomelan aktres Nora Danish. Termasuklah penyanyi Anuar Zain – yang Mahu Isteri Seperti Nora Danish
4. Pelakon berkarisma, Azhar Sulaiman secara tidak langsung telah mencetuskan kontroversi ekoran kenyataan yang dikeluarkan di dalam laman sosial Facebooknya apabila dia mengutarakan persoalan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nikmat iaitu adakah diri juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.
5. ‘Buruan’ kami mengenai kehadiran para selebriti di agenda terbesar kerajaan iaitu Perhimpunan Agung Umno yang ke-66 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) lalu sangat memberi makna apabila berita itu juga mendapat berita pilihan ramai pembaca.

Bulan Disember
1. Sharnaaz Ahmad iaitu cinta hati kepada penyanyi Shila Amzah dikatakan cemburu gara-gara buah hatinya itu membuat persembahan bersama penyanyi popular Singapura, Taufik Batisah sewaktu di malam Anugerah Planet Muzik 2012 Lalu. Pelakon itu Marah Taufik Batisah, Merajuk Dengan Shila Amzah?
2. Sehari selepas isu Sharnaaz Ahmad dengan dengan kekasih hatinya, Shila Amzah diberitakan telah meninggalkan cinta hatinya tu.
3. Bila ada pihak yang mengkritik tentang betis aktres cantik ini besar seperti batang pisang. Apa reaksi Neelofa?
4. Dia sekali lagi dihimpit kontroversi berikutan seorang pereka fesyen bernama Nurita Harith yang mendakwa aktres itu bersikap kurang ajar serta tidak profesional. Pereka Kecam Neelofa Kerana Biadap, Tak Profesional! – sehingga kini Lofa belum membuat sebarang penjelasan.
5. Sampai Bila Zed Zaidi Nak ‘Tepuk Angin’? Hanya Presiden Seniman itu saja yang tahu sampai bila dia mahu berterusan begitu.
Semoga tahun 2013 akan berkurangan dengan cerita gosip dan kontroversi sebalik membawa 1001 lagi peristiwa menggembira dan membanggakan persada hiburan tanah air.
Sumber: malaysiandigest.com
ReadMore...