Sponsors
Minggu, 16 Februari 2014
DAKWAAN MENGHASUT Ali Rustam Sedia Beri Kerjasama Dengan Polis

Senator Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam sedia bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan hasutan terhadapnya.
Beliau yang bertanding jawatan naib presiden Umno juga yakin siasatan polis itu tidak menjejaskan peluangnya dalam pemilihan Sabtu ini.
“Saya tidak kisah dengan tuduhan sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Taklimat Pembiayaan Perniagaan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, di George Town malam tadi.
Terdahulu, polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka berhubung laporan Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana Lai Kuen Ban yang mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan berbaur hasutan minggu lepas.- Bernama
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar