Sponsors
Selasa, 31 Desember 2013
Nikah Diana Amir Sah Menjadi Isteri Habib Bullah

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Diana Amir dan Habib Bullah yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.
Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth.

Pihak perempuan, seperti yang diketahui telah menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000.

Pasangan ini diberitakan belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu kerana kesibukan masa. Apapun, tahniah dan semoga berbahagia selamanya buat Diana Amir & pasangan!
sumber:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar